fbpx

Ashira kembali menyanyi di kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHIRA

DIVA kasihan betul dengan nasib hidup penyanyi Ashira. Walaupun mencuba nasib menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), tetapi namanya tak begitu menyerlah.

Sudahnya, Ashira terpaksa kembali menyanyi di kelab malam disebabkan kurang mendapat tawaran membuat persembahan.

Bagi yang mengetahui, sebelum ini Ashira pernah menjadi penyanyi kelab malam di luar negara.

Mungkin ada yang kurang senang dengan jalan rezeki yang dipilih Ashira, tetapi jika tidak menyanyi di kelab dan hanya mengharapkan tawaran persembahan pentas, macam mana mahu cari makan?

Tidak mengapalah Ashira. Apa yang penting sekarang niat Ashira mahu mencari rezeki. Kehidupan perlu diteruskan.

Abaikan sahaja jika ada kecaman daripada netizen sebab Diva faham kepayahan hidup yang sedang dilalui Ashira. Bersabarlah.

DIVA: Ramai kecam Daiyan Trisha lepas balik umrah, bukan main seksi lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI