fbpx

‘Adakan PRU-15 adalah desakan ahli politik, bukan rakyat’ – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Melaka, Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di Banda Hilir di sini, hari ini.

MELAKA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ‘tidak selesa’ dengan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat dan menyifatkannya sebagai desakan politik semata-mata.

Menurutnya, negara kini masih berada pada Fasa Peralihan Ke Endemik dan belum memasuki Fasa Endemik untuk melakukan aktiviti tanpa kawalan kesihatan, termasuklah ceramah besar-besaran.

Jelasnya, sehingga kini Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih dikuatkuasakan dan pelaksanaan PRU-15 dalam masa terdekat hanyalah desakan ahli politik yang tidak memikirkan soal kesihatan rakyat.

“Saya sebagai Menteri Kesihatan masih mengisytiharkan Malaysia sebagai kawasan pandemik Covid-19 dan dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, maksudnya kita masih lagi adakan beberapa sekatan seperti memakai pelitup muka.

“Kalau nak jaga kesihatan awam, kita tunggu beberapa bulan lagi hingga ke Fasa Endemik dan saya lebih selesa (PRU-15 diadakan) sebagai Menteri Kesihatan pada waktu itu, lagipun tiada desakan dari rakyat, sebaliknya lebih kepada ahli politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Melaka, Sambutan Hari Denggi Asean dan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di Banda Hilir di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI