fbpx

1,591 kes Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,591 kes semalam termasuk lima kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,510,196 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,185 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,455,498 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (756 kes), Kuala Lumpur (297 kes), Pulau Pinang (110 kes), Perak (92 kes), Negeri Sembilan (80 kes), Sabah (55 kes) dan Melaka (44 kes).

“Selain itu, Johor (34 kes), Putrajaya (33 kes), Kedah (31 kes), Sarawak (25 kes), Pahang (15 kes), Terengganu (tujuh kes), Kelantan (lima kes), Perlis (lima kes) dan Labuan (dua kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,686 kes serta dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID 7,561 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI