fbpx

Wanita enggan tinggalkan sempadan India-China dakwa diri jelmaan dewi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu berkata dia mahu mengahwini Dewa Shiva. – The Sentinel

NEW DELHI – Seorang wanita dari Lucknow, India yang telah tinggal secara haram di kawasan larangan Nabhidhang berhampiran sempadan India-China enggan meninggalkan tempat itu, lapor stesen televisyen NDTV.

Ini kerana wanita itu, Harminder Kaur mendakwa dia adalah jelmaan Dewi Parvai dan akan mengahwini Dewa Shiva yang tinggal di Gunung Kailash.

Pasukan polis yang ditugaskan untuk mengeluarkan wanita itu dari kawasan larangan terpaksa pulang kerana dia mengancam mahu membunuh diri jika mereka berkeras, kata polis Pithoragarh, Supritendan Lokendra Singh.

“Bagaimanapun, kami memutuskan untuk menghantar pasukan yang lebih besar untuk menurunkannya secara paksa ke bandar Dharchula. Wanita itu ialah seorang penduduk dari bandar Aliganj di Uttar Pradesh. 

“Dia telah pergi bersama ibunya ke kampung Gunji selama 15 hari dengan kebenaran oleh Majistret Sub-Bahagian (SDM) Dharchula tetapi enggan meninggalkan kawasan itu walaupun kebenarannya tamat pada 25 Mei,” katanya.

Lokendra berkata, sepasukan polis tiga anggota terdiri daripada dua sub inspektor dan seorang inspektor dihantar dari Dharchula untuk membawa pulang wanita itu tetapi terpaksa pulang. 

“Kami kini merancang untuk menghantar 12 anggota polis termasuk anggota perubatan pada Jumaat ini untuk membawa pulang wanita itu,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI