fbpx

Taliban Pakistan umum gencatan senjata dengan Islamabad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TTP ditubuhkan pada 2007 sebagai tindak balas kepada operasi tentera Pakistan membersihkan masjid Lal Masjid di Islamabad di mana seorang pendakwah radikal memegang kuasa. – Saudi Gazette

KABUL – Taliban Pakistan mengumumkan gencatan senjata dengan kerajaan negara itu selepas rundingan yang diuruskan oleh kerajaan Taliban di Afghanistan, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) berkata, kemajuan besar telah dicapai dalam rundingan di Kabul dan gencatan senjata akan dilanjutkan sehingga pemberitahuan kelak. 

Seorang pegawai kerajaan Pakistan berkata, rundingan itu bergerak ke arah positif, lapor AFP.

TTP telah memerangi angkatan bersenjata Pakistan selama bertahun-tahun.

TTP mahu mengenakan peraturannya di wilayah Pakistan di sepanjang sempadan dengan Afghanistan. Kawasan pegunungan itu telah lama menjadi sarang kegiatan militan.

Kumpulan itu mendapat manfaat daripada hubungan rapat dengan Taliban Afghanistan, lapor wartawan BBC, Secunder Kermani di Islamabad.

Sejak Taliban menguasai Afghanistan tahun lalu, TTP telah meningkatkan serangan di Pakistan, membunuh berpuluh-puluh askar kerajaan pada 2021.

Rundingan yang sedang berlangsung di Kabul itu adalah antara militan dan jirga, sebuah himpunan ahli politik Pakistan dan ketua-ketua puak.

Tidak dijelaskan mengenai syarat bagi sebarang penyelesaian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI