SELEPAS dua tahun tamat tayangan pada 2020, barisan pelakon utama drama popular Perempuan Tanpa Dosa (PTD) kembali bertemu pada malam AME2021 lalu.
Pelakon utamanya, Uqasha Senrose, Kamal Adli, Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin bertemu dan merakamkan memori tersebut menerusi foto yang dimuat naik dalam Instagram Uqasha.
Bagaimanapun, apa yang istimewanya, pertemuan mereka menyaksikan masing-masing kini sudah memiliki pasangan sendiri.
“Reunion #PTD, semua dah kahwin hehehe rindu,” tulis Uqasha.
“Lepas ni gambar pegang anak,” usik Yusuf Bahrin.
Perkongsian Uqasha mengundang kerinduan peminat sehingga ada yang mahukan PTD dibuat untuk musim kedua.