fbpx

Permohonan pasport kanak-kanak OKU ditolak kerana gambar tidak ikut spesifikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERMOHONAN pasport Kamila Amir ditolak dua kali kerana kabur dan mempunyai objek yang menghalang dalam gambar. - MyLondon/BPM Media

LONDON – Pembaharuan pasport seorang kanak-kanak perempuan di London telah ditolak sebanyak dua kali dengan alasan gambar tidak menepati piawaian walaupun keluarganya sudah menghantar bukti perubatan mengenai ketidakupayaannya, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Kamila Amir, 7, menderita penyakit quadriplegic cerebral palsy, menyebabkan dia sukar untuk duduk dalam kedudukan tertentu atau matanya akan terbuka untuk tempoh masa yang lama.

Kakak Kamila pada awalnya memohon kad pengenalan baharu pada 6 April lalu tetapi tidak lulus. 

Dia mendapat emel yang mengatakan foto itu ditolak dan mereka berkata ada objek yang menghalangnya.

“Saya telefon sebanyak 20 kali dan mereka memberi maklumat yang sama, ‘kami akan kemas kini sistem dengan butiran yang anda berikan’ dan soalan mengenai foto masib belum dijawab,” katanya.

Kamila memakai cermin mata dalam foto pertama yang telah ditolak pada 25 April lalu. Susulan itu, mereka sekeluarga diberitahu menerusi emel pada 23 Mei lalu bahawa permohonan akan ditutup jika gambar lain tidak dimuat naik.

Selepas menghubungi seorang penasihat di pejabat pasport kakak Kamilia kemudian bercakap dengan ejen lain yang mencadangkan memuat naik gambar lain.

Keluarga itu diberitahu bahawa gambar kedua juga ditolak kerana kabur. Pejabat pasport akhirnya menerima gambar ketiga dengan kelulusan pada pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Selasa lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI