fbpx

Mohamed Salah sanggup korban anugerah peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (tengah) mengakui sangat kecewa ketika Liverpool gagal menewaskan Real untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara sebelum ini. – AFP

LIVERPOOL – Penyerang Li­verpool, Mohamed Salah mendedahkan dia sanggup mengorbankan semua anugerah peribadinya musim ini untuk mengulangi aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Salah, 29, masih lagi tidak dapat melupakan kekecewaan apabila The Reds tewas 0-1 kepada Real menerusi gol tunggal jaringan Vinicius Junior biarpun me­nguasai sebahagian besar aksi final di Stade de France baru-baru ini.

Kekalahan itu juga meranapkan impian Liverpool untuk me­rangkul gelaran treble selepas terdahulu menjuarai saingan Piala Liga Inggeris (EFL) dan Piala FA musim ini.

Begitupun, Salah tetap me­raih pelbagai anugerah individu musim ini seperti berkongsi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Son Heung-min, gol terbaik EPL serta Pemain Tahunan Terbaik Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA) dan Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA).

“Saya tidak akan melupakan­nya kerana ia sesuatu yang amat istimewa apabila dihargai oleh para peminat dan wartawan sukan dalam satu musim yang sama.

“Bagaimanapun, saya sanggup melepaskan kesemua anugerah peribadi ini jika ia membolehkan kami bermain semula di pentas final (Liga Juara-Juara), tetapi itu bukan cara bola sepak berfungsi.

“Saya tidak dapat jelaskan dengan kata-kata terhadap keinginan saya untuk membawa trofi itu (Liga Juara-Juara) pulang ke Liverpool. Kalau boleh saya mahu aksi musim depan sudah bermula esok,” kata Salah.

Sebagai rekod, Salah berjaya meledak 31 gol daripada 51 penampilan bersama Liverpool musim ini termasuk 23 jaringan dalam 35 perlawanan EPL. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI