fbpx

Lebih sejuta pelancong lawat negara sejak 1 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy ( enam kiri) memegang plakad kempen #GoJalanLah pada majlis tersebut

SHAH ALAM – Lebih sejuta pelancong asing memasuki negara ini sejak pembukaan pintu sempadan negara pada 1 April lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukry berkata, jumlah itu disumbangkan kebanyakannya dari Singapura selain didorong pelaksanaan dasar terhadap pematuhan operasi standard (SOP) Covid-19 yang lebih mudah.

Katanya, ini termasuk tiada kuarantin, ujian saringan, tidak wajib mengambil insurans dan sebagainya.

“Sekarang ini, Jepun dan India juga sedang dilihat membuka sempadannya kepada kita selain Korea Selatan dan Iran.

“Kita optimis untuk mencapai sasaran dua juta pelancong menjelang hujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan kempen #GoJalanLah dan Livery Firefly oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama syarikat penerbangan Firefly yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Philip See.

Kempen tersebut menyaksikan tawaran pakej pelancongan termasuk hotel dan penerbangan bersama Firefly pada harga diskaun sehingga 35 peratus yang boleh ditempah melalui laman www.fireflyz.com.my sehingga 30 Jun bagi perjalanan sehingga 31 Disember tahun ini.

Dalam perkembangan berlainan, Nancy memaklumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak menerima sebarang laporan pengesahan terhadap hotel-hotel yang tidak dapat beroperasi atau ditutup selepas negara memasuki fasa endemik.

“Dari segi sudut, tutup terus, kita belum menerima laporan pengesahan, cuma yang isunya ketika itu adalah tiada orang masuk. Tetapi apabila kita buka untuk domestik, hotel kembali dibuka kepada umum.

“Selain itu, kita juga memerlukan lebih ramai lagi pekerja untuk membantu sektor industri seperti hotel dan spa,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI