fbpx

Kongsi foto bercoli, Sarah Hildebrand nafi tinggalkan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH HILDERBRAND

PETALING JAYA – Bukan lagi sebahagian anak seni yang mencari makan dalam industri bahkan tidak lagi menetap di Malaysia, pelakon berdarah Inggeris, Sarah Hildebrand tetap tidak dapat melepaskan diri daripada perhatian khalayak. Apa sahaja onarnya serba tidak kena di mata pengguna media sosial.

Terbaharu, wanita berusia 31 tahun itu membuatkan ramai peminat terkejut apabila semakin berani berkongsi untaian foto sekadar berbaju dalam atau bercoli dan boxer menerusi Instagram.

Memandangkan Sarah sebelum ini pernah berhijab meskipun tidak berterusan, kelakuan sebegitu dirasakan jaub terpesong daripada kehidupan yang sepatutnya dilalui figura umum sepertinya.

Lebih menikam, dia turut mengundang asakan netizen sama ada sudah bertukar agama memandangkan kini menetap di Amerika Syarikat (AS).

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand bagaimanapun berpegang dengan pendiriannya masih seorang penganut agama Islam.

“Awak hanya pindah negara bukan agama, bukan? Tolong tahu had limit,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

Terpanggil menjawab komen berkenaan, Sarah, 31, membalas pertanyaan yang ditinggalkan netizen dengan menulis: “Dilahirkan dan dibesarkan sebagai Muslim dan saya akan mati sebagai Muslim.”

Sebelum ini sekitar April, pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air.

Dalam satu video dimuat naik dalam Instagram Sarah memberitahu, dia kini tidak lagi bersedia menerima sebarang tawaran berlakon mahupun pengacaraan.

Baru-baru ini, Sarah, 31, nekad meninggalkan Malaysia buat buat selama-lamanya dengan berhijrah ke AS kerana tidak tahan dengan pelbagai kecaman daripada khalayak termasuk ada yang menggelarnya sebagai perempuan sundal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI