fbpx

Jangan terperdaya emel menyamar pemimpin negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai berwaspada dengan e-mel yang menyamar sebagai pemimpin negara ataupun ketua organisasi sebuah syarikat yang memberikan arahan luar daripada kebiasaan.

SKMM menerusi satu kenyataan berkata, ini berikutan satu kes yang melibatkan aduan yang diterima dari orang ramai di mana terdapat e-mel yang tidak ditentusahkan telah ditangkap layar dan disebarkan melalui aplikasi pemesejan dalam talian.

“Sebarang komunikasi yang diterima luar daripada kebiasaan perlulah disemak dan ditentukan kesahihannya dan tidak dikongsikan dengan mana-mana pihak.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa kepada aktiviti yang berniat jahat dan berunsur penipuan,” kata kenyataan itu.

Tambah SKMM, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan dengan pihak yang terlibat dan jangan sebarkan sebarang kandungan yang mencurigakan bagi mengelak kekeliruan umum.

Sekiranya ada menerima e-mel yang mencurigakan, sertakan e-mel tersebut semasa mengemukakan laporan kepada pihak polis.

Orang ramai juga boleh membantu memberhentikan penyebaran e-mel tersebut dengan melaporkan penyalahgunaan e-mel kepada penyedia perkhidmatan e-mel seperti Gmail atau Yahoo! Mail di pautan berikut: https://support.google.com/mail/answer/8253 dan https://my.help.yahoo.com/kb/SLN26401.html. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI