PETALING JAYA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Kepulauan Tonga sebentar tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi terbabit terletak 17.9 darjah Selatan dan 175.0 darjah Barat.
“Kejadian gempa bumi kuat itu berlaku pada pukul 9.07 malam dengan jarak 690 kilometer (km) Timur dari Laucala, Fiji.
“Gempa bumi tersebut dilaporkan berlaku dengan kedalaman 238 km, bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.