fbpx

Budaya membaca perlu diperkukuhkan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri berucap pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus menyokong Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2022) serta sebarang aktiviti penerbitan buku sebagai perusahaan pendidikan bagi memperkukuh budaya membaca Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, dalam usaha memandaikan bangsa, budaya membaca harus dipupuk secara berterusan.

“Kita boleh mencontohi masyarakat Jepun yang terkenal dengan sikap mereka yang suka membaca. Budaya membaca ini menjadi salah satu sebab kejayaan negara tersebut.

“Ketika berada di Jepun bagi lawatan kerja ke Jepun minggu lalu, saya dapat lihat sikap cintakan ilmu bukan sahaja dari kalangan anak muda, malah golongan dewasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Ismail Sabri berkata, meskipun buku bukan sumber utama untuk masyarakat menambahkan ilmu, namun ia mampu mencambahkan lagi pengetahuan mereka.

“Buku sewajarnya mendapat perhatian khusus dan kedudukan yang istimewa di sisi masyarakat negara ini.

“Saya menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia agar menerapkan budaya membaca, bagi melahirkan masyarakat yang bertamadun, berilmu pengetahuan dan berkeperibadian unggul,” jelasnya.

Tambahnya, kegagalan mengekalkan budaya membaca bukan hanya menjejaskan dan menghancurkan usaha kerajaan malah turut ‘membunuh’ industri buku termasuk karyawannya.

Sementara itu, PBAKL 2022 yang dianjurkan julung kali secara hibrid menyasarkan seramai 700,000 hingga sejuta pengunjung sepanjang 10 hari penganjurannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI