SIAPA cakap orang lama tak pandai ikut peredaran semasa? Kalau buka TikTok sekarang, memang ramai orang berusia yang tak ketinggalan ikut trend seperti warga muda.
Contohnya pelakon ‘otai’ Khir Rahman dan juga Joey Daud yang sakan bermain TikTok.
Dalam sebuah video dimuat naik akaun ZebraStudioMY, kedua-dua pelakon yang terkenal dengan sikap kelakar itu sakan menari mengikut muzik yang digunakan.
Lucu habis! Ternyata sikap mereka disenangi ramai kerana Khir dan Joey berjiwa muda.
Malah, ada yang memuji Khir kerana selama ini dia nampak seperti seorang yang serius tetapi rupa-rupanya ada sifat lelucon dalam dirinya.
“Bila senior main TikTok, mantap,” komen seorang pengguna TikTok, Puteri Megat.