NEW DELHI – Sebuah hantaran di media sosial India mendapat perhatian netizen kerana memaparkan gambar seorang lelaki tua memikul beg kedua-dua anaknya di bahunya, lapor laman berita India Today semalam.
Gambar itu telah dimuat naik oleh seorang pegawai Perkhidmatan Pentadbiran India (IAS), Awanish Sharan.
Dia ialah seorang pengguna media sosial yang gemar dan sering menyiarkan kandungan yang memberi inspirasi dan merangsang pemikiran di Twitter.
Walaupun gambar itu sudah lama, tetapi ia kembali menjadi tular baru-baru ini.
“Sesetengah jasa tidak mampu dibayar,” demikian kapsyen pada ciapan berkenaan.
Sebilangan pengguna tidak bersetuju dengan pandangan Awanish dan berpendapat lelaki tua itu sepatutnya membiarkan kedua-dua anaknya memikul beg galas mereka sendiri.
Gambar itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Ini membuatkan saya menangis,” tulis seorang netizen.
“Ini satu kesilapan dalam generasi baharu anak-anak dan ibu bapa atau datuk dan nenek. Jika tidak mampu memikul beg sendiri, anda tidak akan berdikari dalam hidup,” komen netizen lain. – Agensi