fbpx

Anak patung ganti penduduk yang mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYANO menunjukkan karyanya di sebuah sekolah rendah yang ditutup bertahun-tahun. - AFP

TOKYO – Sebuah perkampungan di Jepun yang sudah 18 tahun tidak menyaksikan kelahiran bayi memilih alternatif menggandakan bilangan penduduknya dengan menghasilkan anak patung bersaiz manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Salah seorang penduduknya, Ayano Tuskimi telah menggantikan bilangan penduduk yang mati dengan 350 patung buatan tangan buat kampung yang terletak di wilayah Tokushima di Pulau Shikoku.

Sejak itu, penempatan tersebut telah digelar sebagai kampung anak patung dan tular dalam kalangan pelancong.

Tuskimi yang menyara kehidupan sebagai pembuat anak patung tidak menyangka ideanya itu akan menjadi tarikan pelancong dengan kira-kira 3,000 pengunjung pada setiap tahun. 

Penghuni asal kampung itu hanyalah seramai 30 orang selepas tiada lagi pasangan muda tinggal di situ untuk melahirkan bayi.

Patung-patung itu diletakkan di ladang untuk kelihatan seperti orang tua yang berkebun, di dalam kelas seperti kanak-kanak sedang belajar serta keluarga yang menunggu di perhentian bas. 

Ayano menjelaskan bahawa patung itu juga bertujuan memperingati mendiang bapanya menghalau burung daripada mengambil benih dari ruang simpanan keluarganya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI