fbpx

Wanita teruja tunggu detik kahwini diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kshama Bindu bersedia untuk kahwini diri sendiri pada 11 Jun akan datang. – India Today

VADODARA, GUJERAT – Seorang wanita dari bandar Vadodara, negeri Gujerat telah memperkenalkan istilah sologamy di India sehingga mencetuskan banyak perbualan di laman Twitter, lapor laman berita India Today.

Sologamy adalah perkahwinan yang dilakukan dengan diri sendiri. Istilah tersebut sudah terkenal di negara-negara Barat. 

Kashma Bindu, 24, dilaporkan bersedia untuk melangsungkan perkahwinannya pada 11 Jun akan datang. 

Dia sangat menyayangi dirinya sehingga memutuskan untuk melakukan saat pheras, salah satu upacara dalam perkahwinan Hindu, secara seorang diri.

Wanita itu bahkan menempah lehenga atau skirt yang dipadankan dengan sari untuk acara perkahwinannya.

Perkahwinan Kshama dengan dirinya sendiri akan dilakukan oleh seorang pendeta dalam upacara yang lengkap. 

Dia juga merancang mahu pergi ke Goa untuk berbulan madu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI