fbpx

Permohonan panggil Arul Kanda jadi saksi 14 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Jun ini bagi mendengar permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi perbicaraan kes pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB.

Arul Kanda merupakan tertuduh dalam kes itu kerana turut didakwa bersubahat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda laporan audit syarikat itu bagi mengelakkan bekas Perdana Menteri dikenakan tindakan undang-undang.

Permohonan yang sepatutnya didengar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini ditangguhkan lagi selepas peguam utama, Tan Sri Dr. Muhammad Shafe Abdullah tidak hadir pada prosiding itu kerana disahkan positif Covid-19.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed ketika ditemui wakil media di luar mahkamah memaklumkan, Muhammad Shafee memperoleh keputusan  Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada Selasa lalu.

“Tarikh pendengaran hari ini dilapangkan. Hakim (Mohamed Zaini Mazlan) mahu mendengar permohonan ini didengar secepat mungkin, jadi satu tarikh tambahan ditetapkan iaitu 14 Jun ini, “ katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI