fbpx

Peminat Liverpool rela hilang Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan penyokong Liverpool selepas spekulasi penghijrahannya bertebaran ketika ini. – AFP

LIVERPOOL – Sekalipun mahu kekal fokus bersama Liverpool pada baki kontraknya sehingga Jun tahun depan, penyokong The Reds seakan mula kurang senang dengan berita mengenai masa depan penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris, Mohamed Salah.

Selepas dikaitkan akan berhijrah ke kelab pencabar lain di Liga Perdana Inggeris, peminat Liverpool nyata kecewa sehingga ada yang sudah rela kehilangan bintang dari Mesir itu lebih awal.

“Biarkan dia pergi,” memetik reaksi peminat Liverpool di media sosial.

“Singkirkan Salah sekarang, prestasinya sejak enam bulan lalu agak menurun dan jangan biarkan dia mencipta suasana tidak baik,” kata seorang lagi penyokong yang masih meng­anggap Salah sebagai legenda kelab.

Ketika ini, pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly dilaporkan tidak lagi mampu bersabar untuk cuba membawa pulang Salah ke Stamford Bridge dengan pengendali The Blues, Thomas Tuchel dilaporkan sudah pun diperuntukkan dana bernilai £200 juta (RM1.09 billion) .

Ketika Salah menyatakan hasratnya untuk kekal di Liga Perdana Inggeris walaupun bukan bersama Liverpool, Tuchel pastinya akan memperuntukkan sebahagian daripada dana itu untuk mengikat Salah yang ketika ini dianggarkan bernilai £59.7 juta (RM327 juta)

Bagaimanapun, laporan lain mengatakan jika kata putus mampu dicapai antara Salah dan Liverpool, penyerang itu enggan menerima kontrak jangka panjang sebaliknya hanya mahu me­lanjutkan kontrak maksimum dua tahun.

Berdasarkan perbincangan antara ejennya, Ramy Abbas dan pemilik kelab, Fenway Sports Group Disember lalu, Salah ditawarkan kenaikan gaji 15 peratus daripada £200,000 (RM1.09 juta) seminggu yang diterimanya sekarang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI