fbpx

Pelatih di White House akan mula terima bayaran buat kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan pertama yang akan menerima bayaran itu adalah bagi sesi musim gugur akan datang. - UPI

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Naib Presiden AS, Kamala Harris mengumumkan bahawa pelatih di White House kini akan menerima bayaran, lapor agensi berita United Press International, semalam.

Perkara itu adalah kali pertama dilakukan di White House dan ia akan dimulakan oleh kumpulan yang menjalani latihan pada musim gugur akan datang.

“Pencapaian penting dengan membayar pelatih di White House akan membantu menghapuskan halangan kepada peluang yang sama untuk pelajar berpendapatan rendah dan profesional generasi pertama pada permulaan kerjaya mereka.

“Ia juga akan membantu memastikan mereka yang menerima latihan di White House akan menjadi sebahagian besar daripada saluran kepimpinan di seluruh kerajaan persekutuan selain mencerminkan kepelbagaian AS,” demikian menurut kenyataan rasmi.

Pembiayaan tersebut datang daripada undang-undang dwipartisan yang ditandatangani menjadi undang-undang awal tahun ini.

White House berkata sesi musim gugur 2022 akan menjadi program selama 22 minggu.

Pemohon yang berminat untuk menjadi pelatih mestilah warganegara AS berumur 18 tahun ke atas.

Mereka mesti memenuhi salah satu daripada tiga kriteria iaitu mendaftar di kolej atau universiti, telah menamatkan pengajian dari institusi dua atau empat tahun atau menjadi veteran tentera A.S. dengan diploma sekolah tinggi atau setaraf.

Individu yang berminat untuk menjadi pelatih White House boleh mendapatkan maklumat lanjut di WH.gov/intern. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI