fbpx

Lelaki ceraikan isteri yang obses kumpul pengikut media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehidupan lelaki itu seperti dalam muzium kerana tiada barangan dalam rumah boleh disentuh bagi menjaga bayangan kesempurnaan sebuah kediaman. - Google

WASHINGTON – Seorang lelaki nekad menceraikan isterinya selepas wanita itu menjadi obses dengan kesempurnaan hidup yang ditayang dalam akaun media sosialnya, lapor laman Newsweek.

Menurut lelaki berusia 30-an itu, ‘kegilaan’ isterinya terhadap populariti media sosial semakin menjadi-jadi selepas kelahiran anak perempuan mereka yang membuatkan pengikutnya bertambah sebanyak 400,000 orang.

Bagi memastikan setiap sudut rakaman dalam rumah mereka kelihatan sempurna, lelaki itu dilarang mengubah suai apa-apa tanpa kebenaran isterinya.

“Dia memuat naik kemas kini kehidupan kami ke laman sosial dan ia perlu kelihatan sempurna tanpa cacat cela.

“Selama bertahun-tahun perkara ini berterusan dan saya sudah tidak mampu bersabar. Saya seperti hidup dalam rakaman status Instagram atau muzium yang kaku dan tidak bernyawa,” tulisnya dalam pengakuan di Reddit.

Tambah lelaki itu lagi, anak perempuan mereka turut mendapat tempias sikap buruk ibunya apabila kanak-kanak itu hampir tidak mempunyai sebarang permainan.

Alasan yang diberikan adalah permainan akan merosakkan sudut pandang estetik rumah dan menyakitkan mata apabila disepahkan.

“Semua kemas kini isteri saya tentang kehidupan, rumah dan hubungan kami adalah palsu. Dia hanya kelihatan bahagia kerana ia bagus untuk meraih populariti.

“Namun selepas ini, dia boleh melakukan apa sahaja yang diingini tanpa menjadikan saya atau anak kami sebagai bahan hiasan,” ujar lelaki itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI