fbpx

Latihan ATM, orang ramai tidak perlu cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengingatkan orang ramai supaya tidak cemas atau bimbang dengan bunyi tembakan meriam dengan kehadiran pesawat udara terbang rendah di sekitar Putrajaya.

Ini kerana, pihak ATM sedang menjalankan latihan sempena Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 10 Jun depan.

Menurut Markas Angkata Tentera Malaysia, majlis tersebut akan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya dan ATM akan terlibat secara langsung dalam beberapa aktiviti utama seperti perbarisan, tembakan meriam serta terbang lintas hormat pesawat udara.

“Sesi latihan telah bermula pada hari ini dan akan diteruskan sehingga 10 Jun 2022.

“Aktiviti yang melibatkan tembakan meriam di sisiran Tasik (Promenade) Presint 16 dan penerbangan lintas hormat pesawat udara ATM di sekitar ruang udara Putrajaya adalah pada 5 Jun (8.30 pagi), 6 Jun (3.00 petang), 8 Jun (8.30 pagi) serta 10 Jun (8.30 pagi),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas kenyataan itu, latihan tersebut juga merupakan aktiviti terkawal di bawah koordinasi ATM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI