fbpx

Klopp nyata minat dapatkan Pulisic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PULISIC sebelum ini pernah bekerjasama dengan Klopp ketika berada di Akademi Borussia Dortmund sejak dia berusia 16 tahun. – AFP

LONDON – Liverpool mema­sukkan nama penyerang Chelsea, Christian Pulisic sebagai salah seorang daripada enam pemain yang berada dalam senarai Liverpool untuk di bawa ke Anfield pada musim panas ini.

Liverpool ketika ini berdepan kemungkinan kehilangan khidmat Sadio Mane yang mendedahkan berminat untuk mencari cabaran baharu ketika Bayern Munich menjadi pendahulu dalam saingan mendapatkan pemain itu.

Walaupun terdapat laporan bahawa Liverpool mungkin tidak akan mencari pengganti Mane kerana sudah memiliki Luis Diaz dan Fabio Carvalho, namun mereka tidak akan melepaskan kesempatan tersebut jika berpeluang.

Laporan menyebut, daripada enam calon yang berada dalam senarai The Reds, tiga daripadanya adalah berpangkalan di England termasuk Pulisic yang sudah bersama Chelsea sejak 2019.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan sejak sekian lama meminati Pulisic terutama ketika beliau bersama Borussia Dortmund sebelum ini dan pemain itu mula memasuki akademi kelab Bundesliga itu sejak berusia 16 tahun.

Selain Pulisic, Liverpool menamakan dua pemain Watford, Ismaila Sarr dan Joao Pedro yang terpaksa beraksi di Liga Kejuaraan musim depan sebagai calon untuk mereka dapatkan pada harga yang lebih rendah.

Tiga lagi pemain yang turut dipantau secara dekat oleh Li­verpool untuk mereka dapatkan bagi mengekalkan kekuatan pasukan musim depan adalah Serge Gnabry, Ousmane Dembele dan Arnaut Danjuma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI