fbpx

KL Wildcats enggan terlepas kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN KL Wildcats sedia mempertahankan kejuaraan meskipun kehilangan pemain utama yang berhijrah ke pasukan lain pada saingan Sooka NSL2022 musim ini.

JUARA bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats sudah bersedia untuk memulakan misi mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lepas menjelang aksi pembukaan saingan baharu Netball Super League (NSL) musim ini.

KL Wildcats tetap dilihat memiliki kekuatan tersendiri biarpun kehilangan kapten yang juga pemain pertahanan terbaik NSL musim lalu, Nur Syafazliana Mohd. Ali selepas menyertai pencabar utama, Johor Jewels.

Bagi tonggak pertahanan KL Wildcats, Nurul Adha Abu Bakar, dia percaya rakan sepasukannya mampu mengisi ketiadaan Syafazliana dan shooter utama pa­sukan, Noramirah Dayana Noor Azhar yang tidak beraksi tahun ini.

“Tiada perkataan pengganti sebenarnya tetapi cabaran agak besar. Sebagai seorang paling senior, saya perlu pikul tanggungjawab untuk tolong pemain-pemain baharu.

“Ia tidak akan menjadi masalah jika pemain-pemain terpilih dalam pasukan dapat ber­aksi dengan baik. Semua hadapi cabaran yang sama kerana perubahan dan rombakan yang besar.

“Harapannya supaya kami dapat bermain dengan baik dan mengekalkan kejuaraan dimenangi musim lalu untuk saingan baharu kali ini,” katanya.

KL Wildcats kendalian Norizan Rajab, turut diperkuatkan dengan kehadiran dua muka baharu iaitu center Selangor Angels, Yeoh Peck Xian dan goal defend, Negeri Sembilan Venom, Khairul Najuwa Shollahuddin.

Dua pemain baharu itu pasti­nya menjadi sandaran utama KL Wildcats yang akan membuka aksi pertama menentang Melaka Mystic di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI