fbpx

Khairunnisa belum gembira prestasi sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUNNISA (depan) menjadi penyumbang utama jaringan Perak Phoenix ketika menewaskan NS Venom 42-32 pada aksi NSL di Stadium Juara hari ini. - SOOKA NSL 2022

KUALA LUMPUR – Perak Phoenix membuka kempen Sooka Netball Super League (NSL) 2022 dengan langkah kemenangan selepas menewaskan Negeri Sembilan (NS) Venom 42-32 di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Kemenangan itu pastinya meningkatkan keyakinan skuad bimbingan Almastara Mohd. Hashim dalam usaha mereka mengulangi pencapaian melangkah ke peringkat separuh akhir musim lalu.

Salah satu kunci kejayaan Perak Phoenix dalam aksi itu adalah disebabkan ketajaman dan ketepatan balingan daripada penyerang pasukan kebangsaan, Khairunnisa Nazri.

Bagaimanapun, Khairunnisa, 23, masih tidak berpuas hati dengan prestasi dirinya meskipun menjadi penyumbang utama jaringan buat Perak Phoenix dalam aksi itu.

“Hari ini adalah hari pertama NSL. Saya dapat lihat kekurangan kami hari ini adalah dari segi hantaran untuk melakukan serangan.

“Secara diri sendiri, saya dapat lihat penyudah saya agak sukar sedikit dan tak berapa baik. Saya akan pastikan 100 peratus lebih bagus dan fokus kepada jaringan untuk aksi seterusnya,” katanya.

Pemain berketinggian 180 sentimeter itu bertekad untuk memberikan prestasi lebih baik untuk membantu Perak Phoenix melakar kemenangan kedua menentang Melaka Mystic dalam aksi seterusnya esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI