fbpx

Jangan hanya puji saya – Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON memberi arahan kepada pemainnya pada perlawanan menyaksikan Malaysia menang 2-0 ke atas Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

PRESTASI Harimau Malaya ketika menumpaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin pasti mengimbau semula aura yang pernah dihadirkan oleh skuad kebangsaan pada 2019.

Ketika itu, ngauman Harimau Malaya memberi harapan kepada seluruh peminat tanah air, namun sejak pandemik Covid-19, segalanya seakan musnah dan prestasi dijelmakan seakan-akan hilang taring.

Bagaimanapun, sejak keha­diran Kim Pan-gon, empat bulan lalu, jurulatih dari Korea Selatan itu mula mencetus sensasi de­ngan rata-rata peminat bola sepak mula gembira melihat corak yang dipersembahkan oleh pemain negara.

Bagaimanapun, Pan-gon enggan mendabik dada, namun sebaliknya berasa bertuah kerana mendapat bantuan sepenuhnya daripada kesemua kelab tempatan dalam menyediakan pemain terbaik.

“Ini bukan saya saja, banyak sumbangan daripada kelab yang berbelanja untuk menyediakan persekitaran lebih baik. Saya tidak boleh ambil kejayan ini secara berseorangan kerana saya hanya ambil (pemain) daripada kelab.

“Mereka sudah melakukannya (kelab sediakan pemain berkualiti) dan kami perlu terus bekerjasama untuk dapatkan perlawanan berintensiti. Semua ini adalah perkara asas, jadi kami boleh hidangkan perlawanan bagus,” katanya ketika ditanya me­ngenai kebangkitan semula Harimau Malaya.

Pada perlawanan malam kelmarin, Safawi Rasid kembali menemui jaringan apabila me­nyudahkan sepakan pe­nalti untuk meledak gol pertama Malaysia sebelum Safiq Rahim menghasilkan gol kedua di penghujung permainan.

Sementara itu, pengendali Hong Kong, Jorn Andersen me­ngakui terkejut dengan kualiti dimiliki Harimau Malaya, pamer perubahan ketara berbanding skuad yang pernah dihadapinya pada 2017 ketika melatih Korea Utara.

“Kali terakhir saya lawan Malaysia, saya menang mudah 4-1. Tetapi kini mereka berada di satu tahap lebih baik berbanding kami dan saya begitu terkejut dengan kualiti mereka.

“Kami perlu mencari sesuatu yang positif daripada perlawanan ini. Malaysia bermain de­ngan tempo yang laju,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI