fbpx

‘Jadi rider mewah, kerja ikut suka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerjaan sebagai penghantar makanan menjadi pilihan terutama dalam kalangan orang muda kerana waktu kerja yang fleksibel..-GAMBAR FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Kerjaya sebagai penghantar makanan semakin menjadi pilihan terutama kepada golongan muda kerana mereka bebas untuk menentukan waktu bekerja selain kurang tekanan berbanding makan gaji.

Graduan ekonomi, Nur Amanina Yani, 28, berkata, dia memilih untuk beralih kerja sebagai penghantar makanan kerana tidak tahan dengan bebanan kerja sewaktu menjadi pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta sebelum ini.

“Saya membuat keputusan berhenti kerja dan memulakan kerjaya baharu sebagai penghantar makanan. Jadi tidak perlu lagi mendengar kritikan majikan di tempat kerja.

“Walaupun bekerja sebagai rider penat, tapi fizikal dan mental akan bertambah lesu sekiranya mendapat majikan yang sentiasa menekan pekerjanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Nur Amanina memberitahu, waktu kerja sebagai penghantarmakanan lebih fleksibel kerana dia boleh memilih mengikut ke­sesuaian masa.

Walaupun terdapat tawaran kerja lain, gadis itu lebih selesa bekerja dalam bidang perkhidmatan penghantaran.

“Jika hendak dibandingkan kerja rider dan pegawai yang makan gaji di pejabat, sudah tentu kami untung. Apa yang boleh saya katakan, jika rajin bekerja, upah yang diterima juga lumayan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Mohd. Nurhajirin Johari, 26, dia menga­kui lebih selesa bergelar penghantar makanan kerana tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Gaji penghantar makanan adalah bergantung kepada kerajinan.-GAMBAR NOOR HASLIZA NUSI

“Memang kami berdaftar di bawah syarikat seperti GrabFood, foodpanda, Tapau dan sebagainya, tetapi tidak dipaksa bekerja kerana ia bergantung kepada usaha kami sendiri.

“Saya berasa lebih selesa kerana dapat menetapkan masa bekerja. Jika perlu bercuti dan mempunyai hal kecemasan, saya boleh terus pulang tanpa perlu membuat permohonan atau mendapat kebenaran daripada pihak atasan,” kongsinya.

Haidar Anuar Zainal Abidin, 50, pula berkata, faktor umur tidak menjadi halangan buatnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sebagai penghantar makanan.

“Saya memilih kerjaya ini selepas kehilangan kerja pada awal tahun 2020 disebabkan syarikat tempat saya bekerja ditutup.

“Ramai yang anggap saya tua, tidak sesuai jadi rider tapi saya tidak akan mengalah demi menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Menurut Haidar, dia memperoleh kira-kira RM1,000 seminggu sebagai penghantar makanan berbanding gaji kerani di syarikat lamanya.

“Tidak ada sebab saya perlu cari kerja lain, lagipun majikan mana yang mahu pekerja berusia seperti saya. Dengan pekerjaan ini, saya mampu senangkan isteri dan anak-anak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI