fbpx

Ibu bapa rela anak ‘simpan’ kutu rambut bagi kurangkan kos perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRISIS kos sara hidup di Ireland menyebabkan ibu bapa tidak mampu membeli ubat kutu. - Getty

DUBLIN – Sebilangan kanak-kanak di Ireland terpaksa hidup dengan kutu di kepala kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar rawatan disebabkan krisis kos sara hidup yang berterusan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pengurus dasar kebangsaan dari badan amal Barnados di Ireland, Stephen Moffatt berkata, 17 peratus ibu bapa di negara itu didapati mengurangkan kos untuk janji temu perubatan.

“Dalam kes di mana ibu bapa yang mempunyai anak dengan kutu di kepala, mereka benar-benar tidak mempunyai €10 (RM47) hingga €15 (RM70) untuk membeli ubat kutu.

“Perkara itu jelas memberi kesan kepada kanak-kanak secara sosial,” katanya kepada akhbar Mirror Ireland.

Laporan Barnados mengenai kesan krisis kos sara hidup terhadap kanak-kanak itu telah diterbitkan semalam.

Seramai 329 ibu bapa dan penjaya yang ditinjau, lebih satu perempat daripada mereka terpaksa mengurangkan penggunaan alat pemanas.

Separuh daripada mereka terpaksa mengurangkan aktiviti dan hiburan untuk anak-anak, 23 peratus untuk bekalan elektrik dan 16 peratus untuk makanan.

“70 peratus ibu bapa berkata bahawa kos sara hidup telah menjejaskan anak-anak mereka secara negatif sejak enam bulan lalu.

“Hampir dua pertiga daripada mereka sentiasa bimbang untuk menyediakan keperluan harian anak-anak mereka seperti makanan, pemanas dan elektrik,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif Barnados Ireland, Suzanne Connolly. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI