PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti.
“Di Kedah melibatkan Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu sementara di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
“Selain itu, di Kelantan pula tertumpu di Jeli manakala di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Bentong,” katanya.
Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak yang diramalkan hanya tertumpu di kawasan Limbang.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE