fbpx

Gigil lihat jasad anak terbaring dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah (kanan) dan adiknya, Haniah, 61, menunjukkan gambar Allahyarham Zunairi.

KUALA SELANGOR – “Sejurus terdengar dentuman kuat itu, menggigil tubuh saya melihat jasad anak sudah terbaring di belakang kereta kami.”

Demikian kata Rubiah Basok, 71, ibu kepada seorang lelaki yang maut dilanggar sebuah lori ketika menukar tayar kereta di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Bukit Rotan di sini, semalam.

Selain Allahyarham Zunairi Ahmad, 40, kemalangan pukul 4 petang itu mengorbankan seorang penyelia Kementerian Kesihatan (KKM) berusia 55 tahun yang mahu dibantu arwah.

Menurut Rubiah, ketika kejadian dia bersama arwah dan seorang jiran yang menaiki Proton Wira menuju ke rumah adik perempuannya di Kampung Parit Mahang, Ijok.

Katanya, arwah kemudian memberhentikan kereta di bahu jalan untuk membantu sebuah kereta Proton Preve yang tayarnya pancit.

“Pada waktu itu, saya dan jiran hanya berada di dalam kereta sementara menunggu anak selesai membantu.

“Mendengar bunyi dentuman itu, saya segera keluar dan melihat anak cedera teruk di kaki sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Taman Kasawari di sini, petang tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI