fbpx

Dua beradik maut dalam nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Iswara yang remuk teruk setelah terlibat kemalangan di Kilometer 310.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Kampar awal pagi tadi.-IHSAN PDRM

KAMPAR – Dua beradik maut setelah kereta dinaiki bapa mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 310.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 2.30 pagi itu, Nurqalesya Adriana Jaafar, 12, maut di tempat kejadian manakala adik lelakinya, Muhammad Saiful Amry, 9, meninggal dunia di Hospital Tapah.

Kemalangan itu turut menyebabkan bapa mereka, Jaafar Ahmad, 49, cedera di kaki kanan manakala dua adik beradik lain, Muhammad Yuszanizam, 14, dan Nur Airin Batrisya, 6, cedera ringan.

Difahamkan, kereta dinaiki lima beranak serta seorang wanita berusia 24 tahun itu dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke Seremban.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan menghantar empat beradik terbabit ke rumah ibu mereka di Seremban.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Iswara dipandu Jaafar telah merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berada di hadapan menyebabkan kereta itu mati enjin.

“Dalam masa sama, datang sebuah treler dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta terbabit.

“Kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di keseluruhan bahagian hadapan dan belakang,” katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis kini sedang mengesan sebuah lagi lori yang terlibat dalam kejadian itu kerana ketika kejadian, kenderaan berat berkenaan meneruskan perjalanan, berkemungkinan tidak sedar akan kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI