SELEPAS mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan, akaun Instagram penyanyi Seungri dikatakan turut lesap dan sudah tidak boleh ditemukan.
Memetik laporan Allkpop, akaun laman sosial tersebut dipercayai telah dipadam sebaik saja selebriti itu disabitkan kesalahan melibatkan seksual.
Dikatakan, akaun tersebut sudah dipadam pihak Instagram pada Isnin susulan berita dijatuhkan hukuman atas perbuatan jenayah yang dilakukannya.
Untuk rekod, anggota kumpulan Big Bang itu disabitkan dengan sembilan kes jenayah termasuklah pelacuran, perjudian peringkat antarabangsa, pembikinan kandungan porno serta melakukan ugutan pada tahun 2020.
Susulan itu, bekas penyanyi BigBang erusia 32 tahun itu dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh High Mahkamah Tinggi Korea sebelum membuat rayuan.