fbpx

Bukit Gambir ceria kerana Tukimin kudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tukimin berniaga pelbagai barangan menggunakan motosikal khas di sekitar Bukit Gambir, Tangkak baru-baru ini.

TANGKAK – Seorang lelaki cekal mencari rezeki atas usaha sendiri di sekitar Bukit Gambir di sini meskipun fizikalnya tidak sempurna selepas kaki kanannya dipotong akibat diabetes.

Bukan itu sahaja, gelagat Tukimin Minhat, 67, yang sentiasa menceriakan suasana dengan melaungkan suaranya sambil menceritakan pengalamannya ketika menjual pelbagai barangan di atas motosikal membuatkan dia mudah didekati serta disenangi masyarakat.

Katanya, dia menjual bertih jagung dan penyapu lidi untuk menyara kehidupan.

“Ia bukan hanya sekadar mencari rezeki tetapi memberikan keceriaan dan semangat agar saya sentiasa berfikiran positif meskipun kudung.

“Saya tidak mahu bebankan anak yang sudah ada keluarga sendiri. Kalau mereka hulur saya ambillah tetapi minta tidak sekali,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Tukimin, dia berniaga sejak 2015 dan kini seakan menjadi terapi buat dirinya kerana gembira bila bertemu pelanggan

Tambahnya, sebelum menghidap diabetes pada 1986, dia berniaga pakaian lusuh di pasar malam dan sayur-sayuran.

“Selepas kaki dipotong pada September 2017, saya tekad membeli motosikal khas sebagai pengangkutan untuk menjaja dengan keuntungan sekitar RM20 sehari. Ia cukup untuk hidup saya dan isteri, Mujiah Hussain, 72,” katanya.

Ujar Tukimin, dia ada mene­rima sumbangan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Anak juga ada meninggalkan kereta di rumah dan saya meminta bantuan jiran untuk memandu jika mahu ke mana-mana,” katanya yang turut menghidap sakit jantung, buah pinggang dan gout.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI