fbpx

Bilangan hari tanpa hujan lebih banyak hingga November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak daripada bilangan hari hujan.

Menurut laporan tinjauan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan itu berlaku susulan negara pada masa ini berada dalam musim Monsun Barat Daya yang telah bermula pada 14 Mei 2022 dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September 2022.

Bagaimanapun katanya, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.

“Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

“Pada bulan Jun 2022, kebanyakan negeri di Semenanjung akan menerima hujan pada paras
purata antara 100 milimeter (mm) hingga 250 mm kecuali di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Cameron Highlands dan sebahagian Negeri Sembilan, Melaka serta Kelantan yang dijangka menerima hujan sedikit bawah purata iaitu sekitar 50 mm hingga 200 mm.” katanya.

Selain itu di Sarawak, dijangka menerima hujan pada paras purata antara 150 mm hingga 300
mm manakala negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm.

“Pada bulan Julai 2022, Semenanjung Malaysia dijangkakan akan menerima hujan pada paras
purata antara 50 mm hingga 300 mm.

“Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 150 mm hingga 350 mm kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 250 mm hingga 300 mm Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm.

“Bagi bulan Ogos pula, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima hujan pada paras purata antara 50 mm hingga 400 mm kecuali di timur Kelantan dan utara Terengganu yang dijangka menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 100 mm hingga 200 mm manakala di selatan Johor pula dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu sekitar 250 mm hingga 300 mm,” jelasnya.

Sementara di Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu antara 150 mm
hingga 350 mm, kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman yang dijangkakan menerima hujan
melebihi purata iaitu sekitar 350 mm hingga 400 mm manakala di Betong, Sarikei dan Sibu pula
dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu sekitar 250 mm hingga 300 mm.

Di Sabah pula dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm.

MetMalaysia memaklumkan, pada bulan September nanti pula, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima
hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 450 mm kecuali di timur Kelantan dan utara
Terengganu yang dijangka menerima hujan sedikit bawah purata iaitu sekitar 100 mm hingga
200 mm manakala di selatan Johor dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu sekitar 250 mm hingga 300 mm.

“Pada bulan Oktober 2022, Negara dijangkakan berada dalam fasa Peralihan Monsun dan
kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka akan menerima hujan pada paras purata antara
100 mm hingga 450 mm.

“Manakala pada bulan November, corak cuaca dijangkakan dipengaruhi oleh Monsun Timur Laut yang kebiasaannya bermula pada pertengahan bulan ini. Sehubungan itu, kebanyakan negeri di
Semenanjung dijangka akan menerima hujan pada paras purata antara 200 mm hingga 800 mm,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI