fbpx

Amaran ribut petir di dua negeri pada pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di dua buah negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan di negeri Johor dan Sarawak melibatkan beberapa daerah sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Johor melibatkan daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran sama turut diberikan di negeri Sarawak melibatkan daerah Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh),” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya.

Terdahulu, media melaporkan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Mukim Gurun bagi menempatkan mangsa banjir susulan hujan lebat lebih tiga jam di Kuala Muda, Kedah semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI