fbpx

Wanita maut rempuh lori kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kemalangan yang mengakibatkan seorang wanita maut di LDP awal malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang wanita maut apabila kereta jenis Mercedes yang dipandunya merempuh sebuah lori kontraktor dalam kejadian di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) menghala ke Puchong di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 12.20 tengah malam itu mengakibatkan mangsa berusia 22 tahun itu maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, rempuhan berlaku apabila lori tersebut berhenti untuk melakukan kerja-kerja pembaikan jalan.

“Polis memohon saksi kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 atau hadir ke Balai Polis Petaling Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI