fbpx

Tom Cruise tetap ‘top guy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOM CRUISE

KEMBALI memainkan peranan Kapten Pete Maverick Mitchell dalam Top Gun: Maverick selepas 36 tahun filem pertama mencipta fenomena luar biasa, pemilik nama lengkap Thomas Cruise Mapother IV itu ternyata masih berada dalam liga tersendiri.

Semestinya, selepas tempoh berkenaan, Maverick yang diterjemahkan Tom Cruise tampak lebih berusia, namun satu yang pasti, dia juga seorang lebih lebih bijaksana dan melangit kaya dengan ilmu pesawat pejuang.

Selain keseluruhan filem, satu perihal yang ditunggu-tunggu peminat termasuk Cruise sendiri adalah reunion bersama Val Kilmer. Kilmer juga seorang watak pejuang ikonik, Iceman dalam Top Gun.

MENERUSI Top Gun: Maverick, Cruise buat pertama kalinya bekerjasama dengan Lady Gaga yang bertindak sebagai komposer untuk album runut bunyi filem berkenaan.

Pujuk Kilmer ‘Iceman’

Masakan tidak, Kilmer kini tidak lagi seperti dahulu. Berjaya memujuk lelaki itu untuk kembali beraksi di layar perak bukan satu perkara yang mudah.
Kilmer sudah tidak aktif berlakon kerana pada 2017. The Hollywood Reporter mendedahkan, dia menderita penyakit kanser tekak dan disebabkan menjalani rawatan, dia kehilangan suaranya.

“Saya rasa orang ramai hanya perlu menonton, saya tak perlu terlalu mencuba pun (untuk bawa Kilmer berlakon sama).

“Kilmer merupakan seorang pelakon yang hebat dan kalian semua akan dapat lihat apa yang dijayakannya dalam filem ini. Kehebatan lakonan yang tidak dapat disangkal.

“Saya dapat rasakan hubungannya dengan struktur filem ini dan bagaimana semuanya berfungsi.

“Saya tak mahu bercerita tentangnya. Saya cuma nak orang ramai alaminya sendiri di panggung wayang,” kata Cruise, 60.

Buat khalayak yang sudah menonton Top Gun: Maverick pasti mengangguk tanda setuju bahawa penantian selama 36 tahun ternyata berbaloi.

Dari pelbagai sudut, karya berkenaan ternyata terisi kualiti luar biasa yang layak dilambung segala pujian.

Aspek sinematografi, jalan cerita, permainan kamera yang merakam pergerakan pesawat-pesawat di langit biru, semuanya berada pada paras terbilang.

CRUISE merupakan penganut Scientology iaitu gerakan agama baharu yang sedang popular
di Amerika Syarikat.

Bikin filem bukan kerja main-main

Ditanya media antarabangsa, adakah pelakon dan kru berdepan kerahan tenaga melampau untuk menjayakan Top Gun: Maverick, Cruise berkata, bukan itu tujuan utamanya.

Kata Cruise, menjadi tugas pelakon untuk menjayakan peranan sehabis baik.

“Tiadalah teruk sangat. Tapi dengar sini, tujuan utama dan keindahan membikin filem adalah kita dapat menjelajah dunia dan melihat budaya orang lain dan menjadi sebahagian daripada komuniti.

“Untuk belajar berada dalam posisi dan keadaan orang lain dan merasai apa yang mereka rasa,” katanya dalam satu temu bual bersama portal Screen Rant.

Atas alasan itulah, Cruise sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap persembahannya.

Jika tidak memerlukan teknik janaan komputer (CGI) dan audiens mahukan sesuatu yang bersifat nyata, dia akan berusaha bersungguh-sungguh.

“Dalam pembikinan filem, kita secara konsistennya belajar. Kita harus terus dan terus belajar bekerja untuk menjadi hebat dalam setiap gelanggang berbeza.

“Saya nak beritahu penonton, itulah keindahan buat filem. Itu sebabnya mengapa saya selalu bersungguh-sungguh membawa filem saya ke peringkat tertinggi dalam komuniti berbeza.

“Jadi sebahagian daripada segala-galanya bermula dari proses awal. Itu impian saya,” katanya lagi.

TOM Cruise merupakan penghidap dyslexia iaitu orang yang mempunyai masalah membaca dan dia mula pandai membaca apabila meningkat dewasa.

Dadah, alkohol

Orang ramai barangkali mengenali Cruise bukan hanya disebabkan portfolio lakonan yang luar biasa.

Satu perkara yang membuatkan umum kurang bersetuju dengan dirinya adalah pegangan agamanya iaitu Scientology. Difahamkan, disebabkan terlalu obses dengan fahaman tersebut, Cruise bercerai dengan aktres, Katie Holmes pada 2012.

Tolak tepi fahaman atau kepercayaannya tentang kewujudan Tuhan, Cruise seorang manusia budiman dan bersih daripada segala kebobrokan atau sensasi yang mencalarkan imej.

Dia tidak pernah menyentuh sebarang jenis dadah, sentiasa menjalani gaya hidup sihat (lihat sahaja fizikalnya pada usia 60 tahun) dan berhenti minum minuman keras sejak bergelar penganut Scientology.

CRUISE menjayakan semua babak ‘terbang’ dalam Top Gun: Maverick tanpa bantuan CGI.

“Apabila seseorang cakap ubat-ubatan dah membantu mereka, sebenarnya, kita sendiri perlu menyesuaikan diri dengan keadaan. Apa sahaja bahan yang diambil, tidak menyembuhkan apa-apa. Tiada sains tentang itu. Tiada apa yang boleh menyembuhkan,” katanya.

Sebagai penganut Scientology, Cruise sangat menentang penggunaan ubat anti depresi atau terapi psikiatri.

“Kalau cakap tentang ketidakseimbangan kimia, perlu buat kajian dan mengapa mereka hadir dengan teori.

“Itulah yang sudah saya lakukan. Dalam hidup ada jalan yang lain yang lebih berkualiti,” ujarnya.

SATU fakta tentang perkahwinan Cruise adalah dia menceraikan semua bekas isterinya, Mimi Rogers, Nicole Kidman dan Katie Holmes ketika mereka berusia 33 tahun.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI