BARU-BARU ini, tular sebuah foto dan video memaparkan Lisa Surihani menghadiri sebuah majlis keagamaan yang turut dihadiri bekas isteri suaminya, Yusry Abdul Halim iaitu aktres Erra Fazira.
Boleh dikatakan, kehadiran mereka di majlis tersebut antara yang mendapat perhatian ramai.
Mana tidaknya, hubungan baik yang terjalin antara Lisa dan Erra meraih pujian ramai dan dikatakan perlu menjadi contoh kepada ramai wanita di luar sana.
“Alhamdulillah suka sikap pemikiran terbuka Erra dan Lisa. Sangat menjaga silaturahim,” puji netizen.
“Mereka sama-sama reda dan hormat antara satu sama lain. Tabik,” komen netizen lain.
Semoga semua perkara yang baik dikongsikan para selebriti menjadi ikutan ramai. Perangai kurang elok jangan diikut pula ya!
MIZZ LAHAR: Ramai ‘geram’ dengan fesyen baju Datuk Seri Vida pada Anugerah MeleTOP Era baru-baru ini.