KURANG setahun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia, sudah lebih 1,001 cerita mengenai pencarian jodoh Shuib dengan beberapa wanita muncul.
Macam-macam versi yang Mizz Lahar dengar dan baca. Ada yang nak menjodohkannya dengan selebriti berstatus janda, tak kurang juga mengatakan Shuib didekati wanita mata duitan.
Ramai sungguh yang nak jadi ‘match maker’ untuk Shuib. Kadang-kadang agak lucu membaca komen netizen, tetapi lama-kelamaan boleh jadi rimas.
Bagi Mizz Lahar, hentikanlah seketika kerja-kerja mencari jodoh untuk Shuib atau sesiapa sahaja bapa tunggal buat masa ini.
Jika jodohnya sudah ditetapkan, akan tiba harinya nanti. Memang semua nak lihat Shuib bahagia, tetapi berilah dia ruang, usah terlalu mendadak.
MIZZ LAHAR: Sama-sama kita doakan kehidupan Shuib dan anak-anak sentiasa dalam lindungan-Nya.