fbpx

Russia henti salur bekalan gas kepada Shell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kilang penapisan minyak dan gas Shell dirakam di Pernis, Belanda pada 15 November 2021. – AFP

BRUSSELS, BELGIUM – Tindakan firma tenaga dari Russia, Gazprom menamatkan penyaluran  gas kepada gergasi minyak dan gas, Shell dijamin tidak akan menjejaskan bekalan di blok Eropah, lapor Badan Penyiaran British (BBC), semalam.

Shell berikrar akan memastikan bekalan gas terus dibekalkan kepada para pelanggannya dengan mencari sumber gas dan minyak alternatif lain.

Menerusi satu kenyataan daripada syarikat itu, ia berkata akan akan terus mendapatkan bekalan gas dari sumber-sumber lain selain menghapuskan penggunaan bahan api fosil Russia secara berperingkat.

Tambah syarikat itu, punca penamatan penyaluran gas dari Gazprom adalah disebabkan Shell tidak bersetuju dengan terma-terma pembayaran baharu yang ditetapkan.

Antara arahan baharu yang ditetapkan adalah kewajipan membuka akaun bank Russia dan menjalankan urus niaga dalam mata wang Ruble.

“Kami akan terus membekalkan para pelanggan di Eropah menerusi pelbagai portfolio syarikat dalam bekalan gas.

“Shell juga akan terus menghapuskan penggunaan hidrokarbon dari Russia secara berperingkat, sejajar dengan undang-undang serta peraturan berkaitan,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Gazprom memberitahu bahawa ia juga akan menghentikan bekalan gas kepada syarikat Denmark, Orsted bagi kontrak untuk membekalkan gas ke Jerman selepas kedua-duanya enggan membayar dalam mata wang Ruble.

Langkah yang dilaksanakan Gazprom itu diambil selepas para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) memaklumkan bahawa ia akan menyekat sehingga 90 peratus  import minyak dari Russia menjelang hujung tahun ini.

Ia adalah satu lagi bentuk ‘hukuman’ EU terhadap pencerobohan Kremlin ke atas Ukraine yang sudah memasuki bulan keempat.

Bagi membalas sekatan yang dikenakan oleh Barat, Russia telah menyekat bekalan gas ke Poland, Bulgaria, Finland dan Belanda.

Rantau Eropah mendapatkan kira-kira 40 peratus daripada gas asli dari Russia yang juga merupakan pembekal minyak utama blok tersebut.

Bagaimanapun, terdapat beberapa negara blok itu yang sangat bergantung kepada bahan api fosil Moscow berbanding negara lain.

Ini membuatkan langkah sekatan penuh boleh mencetuskan impak ekonomi yang besar dan mungkin akan berlaku dalam masa terdekat.– Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI