fbpx

Rumah terbakar, empat sekeluarga terselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang hampir musnah akibat kebakaran.

PETALING JAYA – Empat sekeluarga berjaya menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran di sebuah apartmen sekitar Taman Petaling Utama, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.07 tengah malam tadi.

“Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kebakaran di bilik tidur sebuah rumah yang terletak di tingkat tiga apartmen terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, empat penghuni yang tinggal di kediaman terbabit berjaya menyelamatkan diri apabila menyedari berlaku kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 12.30 pagi yang melibatkan kemusnahan keseluruhan sebanyak 30 peratus.

“Kesemua mangsa yang berusia dua hingga 36 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI