fbpx

PT3 dimansuhkan mulai tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mulai tahun 2022, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara rasminya dimansuhkan.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin hari ini.

Menurut beliau, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalankan PT3 bagi pelajar tingkatan tiga.

“Murid akan ditaksir oleh guru setiap masa menerusi pentaksiran berasaskan sekolah.

“Untuk memastikan murid mendapat penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu topik yang diajar,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI