fbpx

Polis cari saksi kemalangan di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mencari saksi kes kemalangan melibatkan seorang pembonceng motosikal yang maut di KM23.3 NKVE semalam.

PETALING JAYA – Polis meminta saksi yang melihat kemalangan hingga mengakibatkan seorang lelaki maut di Kilometer 23.3 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala Tol Jalan Duta semalam supaya tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian pada pukul 10.30 malam itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Unser.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang oleh dua lelaki telah merempuh MPV tersebut ketika hendak mengubah lorong.

“Akibat rempuhan itu, pembonceng berusia 35 tahun telah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Sehubungan itu, polis meminta saksi kejadian yang melihat kejadian tersebut supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor R. Navalan di talian 014-253 6820 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI