fbpx

Pasangan kekasih ditahan edar dadah, air ketum dalam stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda, pil epam, heroin dan air ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Keroh, Kuala Krai semalam. - FOTO: IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Seorang jurukimpal dan kekasihnya dicekup selepas dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah dan air ketum di sebuah stor di Kampung Keroh di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang itu, sebanyak 210 biji pil kuda, 3.48 gram heroin, enam biji pil epam dan 1,500 mililiter air ketum dianggarkan bernilai RM5,000 turut dirampas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, siasatan mendapati, lelaki berusia 37 tahun itu bersama kekasihnya 31, menjalankan kegiatan pengedaran dadah dan air ketum di sekitar kampung tersebut.

Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai mula mengedar kedua-dua bahan itu sejak lebih sebulan lalu.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Lelaki itu tiada sebarang rekod jenayah lampau manakala kekasihnya mempunyai dua rekod kes dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) akta sama selain Seksyen 30(3) Akta Racun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI