fbpx

Nadal bukti bisa masih belum hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL mengambil masa lebih empat jam sebelum berjaya menjinakkan Djokovic pada aksi suku akhir awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Rafael Nadal membuktikan dia layak menjadi pemain terhebat dalam sejarah Terbuka Perancis sejurus berjaya menumbang musuh utamanya yang juga pemain No.1 dunia, Novak Djokovic awal pagi semalam.

Nadal yang turun dalam misi untuk memburu gelaran ke-14 di Roland Garros berjaya menewaskan jaguh Serbia tersebut dengan 6-2, 4-6, 6-2, 7-6 dalam tempoh empat jam 12 minit pada perlawanan suku akhir di gelanggang Philippe-Chatrier.

Kemenangan tersebut memastikan Nadal mengesahkan kemenangan kali kelapan daripada 10 pertemuan di Terbuka Pe­rancis ke atas juara bertahan itu.

Hasil kemenangan tersebut, juara 21 kali Grand Slam itu akan berdepan pemain pilihan ketiga dari Jerman, Alexander Zverev di pentas separuh akhir, esok.

“Untuk memenangi perlawanan ketika berdepan Djokovic, hanya satu cara iaitu tampil dengan baik dari mata pertama hingga yang terakhir.

“Apapun, ia adalah satu malam yang penuh keajaiban buat saya untuk kekal mencipta kemena­ngan di sini. Bagi saya, sungguh hebat dapat bermain di gelanggang ini.

“Tetapi, ia adalah perlawanan di suku akhir dan saya masih mempunyai perlawanan separuh akhir. Perlawanan masih belum tamat dan saya akan kekal stabil untuk melangkah ke pusingan seterusnya,” katanya.

Sebagai rekod, pemain ber­usia 35 tahun tersebut hanya tewas tiga kali daripada 113 perlawanan di gelanggang tanah liat di Paris sejak muncul juara ketika penampilan pertama pada 2005. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI