fbpx

MR.DOLLAR kekalkan harga RM2 bagi 10,000 produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MR. DOLLAR akan mengekalkan harga RM2 bagi 10,000 produk popular mereka bagi membantu meringankan beban pelanggan yang  terjejas dengan keadaan ekonomi yang sukar kini.

Ia juga bersesuaian dengan populariti MR.DOLLAR, sebagai salah satu subsidiari peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia iaitu Kumpulan MR D.I.Y. yang sentiasa menawarkan rangkaian produknya secara meluas pada harga
tetap serta digelar  sebagai kedai harga tetap.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, dengan pelbagai isu yang memberi kesan kepada rantaian bekalan global, ia telah menyebabkan  peruncit tidak dapat mengelak daripada menaikkan harga barangan.

“Bagaimanapun, dengan analisis data yang ketat serta hubungan baik secara langsung kami dengan pengilang global, MR. DOLLAR komited untuk mengekalkan harga RM2 pada lebih 10,000 barangan harian.

“Ini merupakan salah satu cara kami membantu rakyat Malaysia dengan memberi lebih nilai di samping membantu berjimat cermat agar mereka yakin untuk berbelanja demi memenuhi keperluan keluarga,” katanya dalam kenyataan.

MR. DOLLAR menawarkan pelbagai rangkaian produk dalam 10 kategori seperti coklat dan manisan, kudapan dan biskut, bahan masakan, barangan runcit, minuman, produk bakeri, makanan dingin dan sejuk beku, perkakasan dan alat tulis, mainan serta barangan sukan.

“Semuanya berharga RM2 atau RM5. Selain harga tetapnya yang menarik, MR. DOLLAR turut menawarkan persekitaran membeli belah yang selesa dengan lorong yang luas dan berhawa dingin untuk pelanggan,” jelasnya.

Selain barangan makanan dan minuman dan keperluan rumah, MR. DOLLAR turut menawarkan keperluan perlindungan peribadi seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, pelindung muka, disinfektan, dan kit ujian Covid-19 pada  harga rendah. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI