fbpx

Manchester United buat kejutan intai khidmat Mount

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT memiliki kontrak sehingga 2024, namun rundingan mengenai perjanjian baharu tergendala ketika ini menyebabkan United cuba mengambil kesempatan. – AFP

LONDON – Manchester United membuat kejutan apabila me­nyatakan secara terbuka minat mereka untuk mendapatkan khidmat bintang muda sensasi Chelsea, Mason Mount selepas rundingan mengenai kontrak baharu pemain itu di Stamford Bridge tertangguh.

Mount memiliki rekod 30 jaringan dan 31 umpanan gol dalam 160 perlawanan setakat ini selepas mendapat kepercayaan berada dalam kesebe­lasan utama ketika era Frank Lampard dan sehingga kini.

Musim lalu menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu berjaya meledak 13 gol dan 16 umpanan jaringan dalam 53 perlawanan yang disertai sekali gus menyaksikan dia berada di kedudukan ketiga di belakang Romelu Lukaku dan Kai Havertz dalam senarai penjaring kelab.

Persembahan tersebut menyaksikan Chelsea bersedia memberikan tawaran kontrak baharu yang lebih lumayan, namun proses pertukaran pemilik kelab menyebabkan proses tersebut tertunda sekali gus menyaksikan masa depan Mount di kelab itu tidak lagi selamat.

Pengurus baharu United, Erik Ten Hag dilaporkan memantau secara dekat perkembangan tersebut dan mahu pihak pengurusan kelab me­lakukan sesuatu sekiranya ada peluang untuk mendapatkan khidmat Mount.

Mereka juga dilaporkan telah menghubungi ejen Mount me­ngenai minat mereka untuk mendapatkan pemain tersebut ketika Ten Hag dilaporkan sa­ngat meminati pemain itu sejak dia menyertai Vitesse di Belanda secara pinjaman sebelum ini.

Bagaimanapun, Mount yang memiliki kontrak sehingga 2024 menyebabkan Chelsea tidak terlalu terdesak untuk menjualnya, namun ia tidak mustahil sekiranya pemilik baharu The Blues mempunyai aspirasi baharu untuk pasukannya itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI