fbpx

Malaysia sedia langgar Taeguk Warriors

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY (dua dari kanan) percaya anak-anak buahnya memiliki kemampuan untuk melakukan kejutan ke atas Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C di Stadium Lokomotiv, Uzbekistan malam ini.

SKUAD bawah 23 (B-23) negara berharap dapat memulakan kempen Piala Asia B-23 dengan langkah kanan meskipun berdepan tugas sukar apabila dijadual bertemu juara bertahan, Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C di Stadium Lokomotiv, Uzbekistan malam ini.

Ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney me­ngakui, persiapan yang dilakukan oleh pasukannya sejak tiba di Uzbekistan pada Ahad lepas berjalan dengan lancar dan semua pemain sudah bersedia untuk mengha­rungi perlawanan pertama nanti.

Kata Maloney, di atas kertas sudah pasti skuad muda Taeguk Warriors itu merupakan pilihan kerana memiliki ramai pemain berkualiti yang berpangkalan di luar negara yang kini mewakili pasukan itu.

“Kami telah melakukan persiapan terbaik dan pemain semua sudah menyesuaikan diri dengan persekitaran serta perubahan iklim di sini selepas mengharungi perjalanan panjang dari Malaysia.

“Mengenai aksi bertemu Korea Selatan, sudah tentu berdasarkan analisis awal, mereka adalah pasukan yang cukup kuat dengan diwakili beberapa pemain yang berpangkalan di Eropah.

“Namun, saya percaya dengan kualiti yang ada pada pasukan dalam usaha memberi cabaran yang diharapkan pada aksi pertama nanti,” kata pengendali import dari Australia itu.

Mengulas lanjut, Maloney turut berharap penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) pada kejohanan berprestij pe­ringkat remaja ini dapat memberikan keputusan yang lebih adil buat pasukan.

“Kejohanan kali ini akan gunakan VAR dan ini adalah perkembangan positif kerana sistem ini boleh meningkatkan lagi mutu bola sepak dengan keputusan yang adil,” katanya.

Selepas aksi bertemu Korea Selatan, skuad muda Harimau Malaya dijadualkan bertemu Thailand pada Ahad ini sebelum menutup aksi peringkat kumpulan menentang pemenang pingat emas Sukan SEA 2021, Vietnam pada Rabu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI