fbpx

Lagi insiden tembakan di AS, 4 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa turut menutup jalan-jalan raya berdekatan bagi menjalankan siasatan lanjut. – Jabatan Polis Tulsa

TULSA, OKLAHOMA – Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam satu insiden tembakan terbaharu di sebuah hospital di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), semalam, lapor agensi berita United Press International.

Menurut Jabatan Polis Tulsa, suspek merupakan salah seorang yang mati, namun penembaknya masih belum dikenal pasti.

Kapten polis, Richard Meulenberg berkata, kejadian tembakan itu berlaku pada waktu petang di Bangunan Perubatan Natalie, Hospital Saint Francis.

Beliau turut menyifatkan insiden itu sebagai ‘situasi malapateka’.

“Para pegawai polis memeriksa setiap bilik di bangunan tersebut bagi memeriksa sekiranya terdapat sebarang ancaman tambahan.

“Terdapat beberapa individu cedera dan berkemungkinan beberapa lagi kematian,” kata jabatan polis dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, pihak berkuasa dilaporkan turut menutup jalan-jalan raya berdekatan.

“Sila jauhi kawasan berdekatan dan beri laluan kepada kenderaan kecemasan ketika kami mengendalikan operasi ini,” kata Ketua Polis Tulsa, Wendell Franklin dalam kenyataan di Twitter. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI