Selepas hampir tiga tahun misinya untuk menjelajah dunia tergendala di Afrika ekoran pandemik Covid-19, Anita Yusof atau Cikgu Anita kini meneruskan kembara bermotosikal secara solonya itu di Asia Barat sebelum ke benua-benua lain. Berbekalkan motosikal jenis Yamaha FZ150, barang keperluan serta duit poket yang tidak seberapa, dia memulakan misinya menawan 70 buah negara di tujuh benua sejak 2019. Anita kembali menyambung misinya pada awal Mac lalu dengan menjelajah ke negara-negara di Asia Barat. Selepas tiga bulan misinya bersambung, Anita telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya